Terma & Syarat

Terma & Syarat Pertandingan 

  • Peserta secara individu atau berkumpulan (MAKSIMUM 4 PESERTA setiap KUMPULAN).

  • Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

  • Terbuka juga kepada peserta pertandingan cabaran inovasi inklusif yang terdahulu. Namun produk MESTILAH versi yang telah ditambahbaik dan disahkan oleh pihak penganjur.
  • Jawatankuasa Penganjur memelihara hak menerima atau menolak penyertaan pertandingan tanpa memberi penjelasan. 
  • Para peserta boleh mendaftar penyertaan di laman sesawang cabaraninovasi2016.innomap.my mengikut tarikh penyertaan yang dibuka untuk setiap zon. 
  • Sebarang perubahan nama dan bilangan peserta harus dimaklumkan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh tutup penyertaan. 
  • Sebarang penukaran tajuk dan kategori projek TIDAK BOLEH dilakukan selepas tarikh tutup penyertaan. 

  • Produk yang BELUM MENERIMA GERAN/DANA dari mana-mana agensi kerajaan adalah LAYAK untuk menyertai Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif 2016.
  • Penyertaan yang terpilih untuk dipertandingkan akan dihubungi melalui emel atau telefon 3 hari selepas penyertaan ditutup. Jika tiada makluman melalui emel atau telefon dalam tempoh tersebut, penyertaan dianggap tidak terpilih. 

Peraturan Pertandingan

  • Setiap peserta hendaklah membuat pendaftaran pada hari pertandingan mengikut tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.
  • Giliran pembentangan akan ditentukan oleh sekretariat semasa pendaftaran. 
  • Peserta diberi masa selama 7 MINIT sahaja untuk membentangkan inovasi masing-masing di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan 3 minit untuk sesi soal jawab bersama juri. Pihak juri berhak untuk mencelah/bertanya semasa sesi pembentangan inovasi.

  • Tips : inovasi dinilai berdasarkan kepada kriteria berikut :

Produk inovasi
mempunyai kualiti
yang baik

Mampu milik oleh 
semua golongan 
masyarakat
Memanfaatkan golongan
terpinggir seperti
kawasan luar bandar
dan orang kelainan upaya
Jangkauan sasaran
pengguna produk 
yang luas

Persaingan yang
mampan dan
berterusan 
dengan produk
yang telah berada 
di pasaran

  • Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD. Pihak penganjur berhak meminda/ menambah /menolak apa-apa peraturan atau syarat bagi tujuan kelancaran dan kelangsungan pertandingan ini.
  • Jawatankuasa Penganjur tidak bertanggungjawab untuk mengurus, mengangkut atau menyimpan barangan peserta.
  • Para peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau ganti rugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan.
  • Setiap peserta MESTI mengikut kod etika pakaian syarikat/nstitusi masing-masing atau berpakaian sopan serta kemas dan berkasut.