Tentang Cabaran

Pengenalan

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) melalui anak syarikat YIM Technology Resources Sdn. Bhd (YTR) telah dilantik sebagai agensi peneraju dan pelaksana Program Berimpak Tinggi 6 – Inovasi Inklusif (HIP 6) semasa Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan Kali Ke-16.

 

Melalui program ini, YTR mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif (I²) 2016 di setiap Zon Seluruh Malaysia setelah melihat keberkesanan dalam menjayakan program Cabaran Inovasi Inklusif 2015 untuk Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) pada tahun 2015.


Bersempena Jelajah I² Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6), Cabaran Inovasi Inklusif (I²) 2016 telah dimulakan di Zon Selatan (Johor sahaja) pada bulan Ogos 2016 dan akan diikuti dengan Zon Pantai Timur (September 2016), Zon Utara (Oktober 2016), Zon Tengah/Selatan (November 2016) dan Zon Sabah & Sarawak (Disember 2016).

 

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam mencari inovasi ìnklusif yang mampu menyelesaikan masalah (dari segi kepenggunaan, kesihatan, produktiviti dan pendidikan) yang sering dihadapi penduduk sekitar negeri masing-masing di seluruh Malaysia. 





Muat turun maklumat penuh tentang cabaran dengan klik disini