ZON

Pantai Timur

Terengganu, Pahang, Kelantan,
Tarikh: 23 - 24 November, 2016
Tarikh Tutup: 11 November, 2016
Lokasi: Yayasan Inovasi Malaysia, Cyberjaya   

ZON

Utara

Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang,
Tarikh: 26 - 27 October, 2016
Tarikh Tutup: 17 October, 2016
Lokasi: TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar

ZON

Tengah/Selatan

Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Tarikh: 29 - 30 November, 2016
Tarikh Tutup: 15 November, 2016
Lokasi: Yayasan Inovasi Malaysia, Cyberjaya




ZON

Sabah & Sarawak

Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan,
Tarikh: (Zon Sarawak 19 - 20 Disember, 2016), (Zon Sabah 21 - 22 Disember, 2016)
Tarikh Tutup: Zon Sabah & Sarawak 13 Disember 2016
Lokasi: (Zon Sarawak, Imperial Hotel, Kuching), (Zon Sabah, TH Hotel & Convention Centre, K. Kinabalu)

TENTANG CABARAN


Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) melalui anak syarikat YIM Technology Resources Sdn Bhd (YTR) telah dilantik sebagai agensi peneraju dan pelaksana Program Berimpak Tinggi 6 – Inovasi Inklusif (HIP 6) di bawah SME Masterplan semasa Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan Kali Ke-16. Melalui program ini, YTR mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif (I²) 2016 di setiap Zon Seluruh Malaysia setelah melihat keberkesanan dalam menjayakan program Cabaran Inovasi Inklusif 2015 untuk Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) pada tahun 2015.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam mencari inovasi ìnklusif yang mampu menyelesaikan masalah (dari segi kepenggunaan, kesihatan, produktiviti dan pendidikan) yang sering dihadapi penduduk sekitar negeri masing-masing di seluruh Malaysia.